Char Kway Teow
CHAR KWAY TEOW
Char
kway teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada
kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan
kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina. Kadangkala
hirisan sosej Cina dan kek ikan atau bahan-bahan lain ditambah mengikut
citarasa setempat. Berbanding kuey teow goreng biasa, char kway teow agak
basah.
KUIH BAKUL
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol.
Sungguhpun boleh dimakan bila-bila masa, secara tradisi kuih ini paling laris
dimakan ketika sambutan Tahun Baru Cina. Memakan kuih bakul dipercayai membawa
tuah pada masa perayaan ini kerana namanya “nian
gao” (年糕) di mana perkataan 糕
(gāo)
bermaksud ‘kuih’ dalam nama kuih ini berbunyi sama seperti perkataan 高
(gāo) bermaksud ‘tinggi’ melambangkan
erti “semakin tahun semakin tinggi” (年年高升)(niánnián
gāoshēng) atau ringkasnya “setahun lagi kehidupan, setingkat lagi kemajuan”.
KUIH BULAN
Kuih Bulan adalah sejenis
kuih cina yang sering dimakan sewaktu perayaan Pertengahan Musim Luruh. Menurut
hikayat cina Kuih Bulan berdasarkan sebuah kisah yang berlaku di Negara
Cina semasa pemerintahan puak Mongol ( Dinasti Yuan ) yang agak tegas dan
kejam. Undang- undang yang tidak munasabah dan pelik dikenakan. Ke atas rakyat
cina supaya tiada satu pun yang dapat menggugat kuasa mereka. Di sebabkan ini,
rakyat cina dengan dorongan Puak Ming, bersepakat untuk memberontak. Pada suatu
malam,semasa bulan sedang mengambang, mereka membuat kuih yang berbentuk bulat
beramai- ramai.Di tengah- tengah kuih tersebut diletakkan pesanan yang
menerangkan cara untuk memberontak. Usaha ini berjaya dan Kerajaan Mongol berjaya
digulingkan. Hingga kini, peristiwa ini di rayakan pada setiap tahun oleh
Masyarakat Cina. Dalam perayaan yang dikenali sebagai Perayaan Pertengahan
Musim Luruh.Kuih Bulan di buat daripada adunan yang manis dan memiliki inti
biji buah teratai atau kacang merah atau dengan kuning telur masin di
tengahanya. Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai
persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat
menyampaikan laporan buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terlekat
oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Lok-lok
LOK-LOK
Lok
lok adalah satu-satu makanan Cina yang masih dijaja dan menjadi kegemaran kaum
Cina. Lok lok atau dikenali dengan sate celup merupakan makanan ringan dari
sayuran, daging dan makanan laut. Nasi ayam bukan sahaja dipelopori oleh kaum
Cina tetapi diminati oleh semua rakyat Malaysia.







1 comments:
Well done!
Post a Comment