Nasi Lemak
NASI LEMAK
Nasi
lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia terutamanya
sebagai sarapan pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan
menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun
pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Kaum melayu makan nasi lemak dengan telur kukus,timun,ikan bilis goreng dan
sambal.Tetapi kini pelbagai hidangan disajikan bersama nasi lemak seperti
ayam,daging,sotong,udang,limpa dan hati lembu.
Lemang
LEMANG
Lemang
ialah sejenis makanan tradisi yang disukai orang ramai. Lemang terdapat ketika
Hari Raya. Semua orang daripada pelbagai kaum suka makan makanan tradisi ini.
Lemang telah direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864. Makanan
tradisional ini dihidangkan bersama rendang atau serunding. Lemang diperbuat
daripada beras pulut dan santan. Nasi didalam buluh dibakar dengan daun pisang.
Kaedah memasak yang menggunakan buluh ialah cara memasak kaum asli di Malaysia.
DODOL-DODOL
Ia sejenis makanan yang boleh
dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan). Dodol
sangat terkenal di Melaka. Membuat dodol boleh dikatakan amat rumit. Ramai
orang selalu mencuba untuk membuatnya. Tetapi tidak semua yang akan
menghasilkan dodol yang bermutu tinggi. Biasanya mereka yang mahir membuat
dodol ini terdiri daripada mereka yang telah berusia. Jarang sekali generasi
muda mahir membuat dodol.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.Untuk membuatnya, bahan-bahan tersebut hendaklah dicampurkan bersama di dalam kuali yang besar atau dikenali sebagai kawah dan dimasak dengan api yang sederhana besar. Kebiasaannya dodol akan dihidang kepada tetamu pada hari-hari tertentu seperti hari-hari perayaan dan majlis kenduri.

1 comments:
Wah, semuanya makanan kegemaran saya!
Sedapnya!!!
Post a Comment